HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Saturday 1 September 2012

CARA MELABUR DI UNIT TRUST



Sebelum anda melabur dalam mana-mana dana pelaburan Unit Trust anda kena tanya dulu 4 soalan ini?

1-Mengapa saya mahu melabur? (Objektif pelaburan anda)
2-Berapa lama saya mahu melabur? Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term?
3-Bolehkah saya menghadapi risiko pelaburan yang saya telah buat? Sejauh mana tahap toleransi risiko saya? Sejauh saya anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?
4-Apakah kedudukan kewangan saya sekarang?

Kalau 4 soalan ini anda dapat jawab maka anda boleh melabur tetapi pastikan anda meminta nasihat daripada perunding-perunding yang bertauliah.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.

MAKE SURE YOUR MONEY WORKING AS HARD AS YOU WORK!!!



Bagi anda yang ingin memulakan pelaburan di dalam unit trust, terdapat 2 cara.
Pertama, menggunakan EPF akaun 1.
Kedua, menggunakan cash (boleh buat lump sum ataupun direct debit melalui akaun simpanan maybank ataupun public bank).

Sebelum membuat pelaburan anda dinasihatkan untuk mendapatkan penerangan daripada Unit Trust Consultant. Kemudian UTC akan mengesyorkan dana yang sesuai berdasarkan maklumat peribadi anda. Setelah anda mendapatkan keterangan yang jelas dan lengkap anda boleh mengisi borang pelaburan. Setelah itu anda/UTC boleh submit borang pelaburan, beserta satu salinan IC dan wang tunai ataupun cek di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia. Jika anda melabur menggunakan EPF, UTC akan submit borang tersebut.

“Saya nak melabur dengan awak, tapi awak jauhlah”. Ini tidak menjadi masalah. Kerana, untuk mendapatkan maklumat lanjut dan keterangan yang jelas tentang pelaburan unit trust dan dana yang disyorkan, anda boleh menghubungi saya melalui telefon, email ataupun facebook. Kerana dengan cara ini kita dapat berbincang dan saya dapat menjawab pertanyaan anda dengan segera.

Seterusnya, apabila anda sudah bersedia untuk melabur saya akan poskan borang pelaburan pada anda. Setelah menerima dan mengisi borang pelaburan, anda boleh submit di cawangan Public Bank yang terdekat. Jangan risau, disini tidak akan berlaku penyelewengan wang. Kerana anda yang submit sendiri.
Untuk pelaburan EPF pula, tidak mungkin UTC boleh ambik duit anda. Kerana ianya menggunakan akaun 1, untuk persaraan. Yang mana wang itu hanya boleh di ambil pada umur 55 tahun nanti.

Jika anda bercadang untuk melabur dalam jumlah yang besar dan ingin berjumpa dengan saya secara face to face sila hubungi   saya. Saya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan anda. Dan saya juga sedia berkhidmat untuk anda.

Sedia Berkhidmat Untuk Anda.
Jamian Bin Sarif
012-2676091
UTC PMB


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers