HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Saturday 24 March 2012

Majikan diingatkan bayar caruman KWSP ikut kadar baru


Buat warga pekerja semua.Sila ambil perhatian.sebab ramai yang terlepas pandang ataupun masih ada yang belum tahu tentang syarat baru skim kwsp . 
Periksa slip gaji anda jika anda bergaji kurang dari RM5,000. Majikan sepatutnya mencarum 13% dan bukan 12% bagi yang bergaji bawah RM5,000 bermula gaji Jan 2012.

Jika majikan tidak membuat caruman 13% sila buat laporan ke pejabat buruh untuk tindakan lanjut.

 sumber ; http://www.bharian.com.my

Monday 19 March 2012

TIPS Merancang Perbelanjaan Harian


Buat senarai barangan yang hendak di beli.

Sebelum keluar membeli belah adalah lebih baik buat senarai barangan yang hendak di beli.Bagi mengelakkan "over buying"iaitu satu sindrom pembelian diluar kawalan.senang cakap pembelian ikut nafsu.
Pilih barang yang harga patut,buat perbandingan terlebih dahulu.Bagi mengelakkan kita tertipu dengan barangan yang lebih kurang harganya tapi mempunyai kualiti yg sama.
Cuba untuk mengunjungi beberapa kedai untuk membandingkan harga barangan. Sekiranya anda mengunjungi gerai-gerai kecil yang tidak mempamerkan harga, inilah masanya untuk menguji kemahiran tawar-menawar anda.


Jangan membawa berlebihan.

Lakukan anggaran harga keperluan yang di senaraikan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda membawa wang yang berlebihan. Sekiranya ini terjadi anda mungkin akan mengeluarkan perbelanjaan melebihi yang sepatutnya.

Elakkan membawa ramai ahli keluarga

kalau boleh semasa hendak keluar membeli cukup setakat seorang atau 2 orang sahaja.sebab semakin ramai yg bersama dengan anda ,semakin tinggi kuasa untuk membeli.AWAS YER.

Jangan mudah TERPENGARUH

Biasanya  pasaraya akan membuat pelbagai jenis tawaran .Jadi anda kena sentiasa fokus dengan tujuan anda.jangan terpedaya dengan tawaran atau promosi yg diadakan.

Gunakan wang tunai

elakkan dari menggunakan kad kredit ketika berbelanja .buat pembelian yg beretika.biasanya pengeluar kad akan mengenakan caj tambahan apabila anda terlewat membuat pembayaran.lagipun jika kita menggunakan kad kredit nanti kita akan terlebih belanja.sebab x perasan.main swap jer la katakan.renung2kan. 






 






Jangan membeli-belah ketika lapar
Keadaan lapar akan mendorong anda untuk membeli lebih daripada yang di senaraikan. Oleh itu, pastikan semasa anda keluar membeli belah parut anda terisi.
Lakukan pembelian keperluan secara sekali gus
Jangan lakukan pembelian secara sedikit-sedikit bagi mengelakkan anda ke kedai selalu. Semakin kerap anda berkunjung ke kedai, semakin meningkat pembelian anda.
Beli keperluan secukupnya
Pembelian secara berlebihan akan mengundang kepada pembaziran. Beli keperluan harian seperti makanan secukupnya agar dapat mengenal pasti perbelanjaan harian anda dengan sebaiknya.


SELAMAT MERANCANG...
Jamian sarif



Sunday 18 March 2012

"Self Defense"


Adakah kita selesa dengan keadaan kerja kita sekarang.Saya yakin ,pasti ada yang memberikan jawapan 'suka 'dan ada juga yang mengatakan 'tidak'. Pada pandangan dan pengalaman saya sendiri pasti RAMAI yang akan mengatakan 'Tidak' .Ini kerana mereka semua termasuk saya bekerja dalam keadaan terpaksa.bukan kerana suka ataupun minat dengan kerja yang dilakukan.
Kita semua tidak dapat mengelakkan diri dari keadaan ini kerana kita semua perlu mencari nafkah untuk keluarga masing2.Dan oleh kerana itu Ramai diantara kita terpaksa membiarkan saja pihak atasan kita melakukan apa sahaja terhadap minda dan zahir kita.kita tiada 'SELF DEFENSE' tiada hak untuk bersuara.kebanyakan dari kita takut hendak menyuarakan pendapat masing2 kerana bimbang kedudukan masing2 akan tergugat.....SEBAB kebanyakan pihak atasan (BOS) menganggap 'bos always right'...itulah hakikat nya yang terpaksa kita tanggung.
Jadi ,saya amat berharap agar kita dapat mengubah keadaan ini dari berterusan dengan membiarkan sahaja perkara ini berlaku tanpa kerelaan diri kita.(buat kerja tanpa rela).ADA IDEA TAPI DIABAIKAN.ATAU BOS YG AMBIK IDEA TU....

Pertahankan kita punya Idea....Berkeras dengan Bos bukan bermaksud melawan.....kepada Bos2 yg membaca post ni saya harap dengar lah pandangan atau cadangan orang bawahan anda.
JIKA kita benar pertahankan .Berani Kerana Benar.
jangan takut kena tukar ke jabatan lain ataupun kena turun pangkat...jangan jadi seorang yg penakut....bercakap hanya dibelakang.bila didepan macam tikus.....diam lidah kelu....

berubah jadi berani,atau kita akan ditindas....

yang hendak berubah.
Jamian Sarif

Friday 16 March 2012

Kerja part time / full time di perlukan segera


Saya sedang mencari rakan niaga dalam bidang Perunding Unit Amanah Islam sekitar Selangor.

Peluang terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
*berumur 21 thn keatas
*lelaki dan wanita
*berkelulusan SPM pangkat 3 sahaja - wajib kredit BM / BI / Mandarin dan wajib kredit Matematik.
*bagi pemegang Diploma dan Ijazah TERAMATLAH digalakkan.
 *Setelah memenuhi syarat-syarat, calon hendaklah lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah (CUTE) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah. Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat asas tidak akan didaftarkan untuk mengikuti CUTE.


Antara manfaat Perunding Unit Amanah Islam .



1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.

2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri
Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.

3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible)
Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.

4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah
Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha anda.

5. Anda Boleh Memperolehi Pendapatan Lumayan
Pendapatan lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/komputer, subsidi yuran pelajaran, dsb.

Bagi yg berminat untuk menyertainya sila hubungi saya untuk proses seterusnya.
Jamian Sarif
UTC PMB
Agency Supervisor-klang branch
012-2676091

Unit Amanah Islam.


Unit amanah Islam juga adalah lanjutan daripada dana unit amanah sedia ada di pasaran. Bagi anda yang masih baru dengan unit amanah, ia adalah satu bentuk pelaburan – sebagaimana anda melabur dalam saham, hartanah, komoditi dan sebagainya. Pada asasnya, sekumpulan wang yang disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi.
Menariknya, unit amanah Islam adalah ia merupakan unit amanah yang mendapat status patuh Syariah. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam unit amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib.
Anda mungkin bertanya, “Siapa yang memantau pelaburan ini?” dan juga “Bagaimana dengan kontrak perjanjian pelaburan dana ini?”

Peranan Suruhanjaya Sekuriti dan Pemegang Amanah
Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah sebuah badan yang berperanan memantau semua perkara yang berkaitan dengan unit amanah. Ia adalah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garispanduan mengenai Dana Unit Amanah, Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna semua dana yang diluluskan SC adalah dipantau pergerakannya.

Pemegang Amanah atau trustee berperanan memastikan surat ikatan / perjanjian atau deeds dipatuhi. Dengan kata lain, pemegang amanah menjaga aset para pelabur, iaitu kita. Pemegang amanah boleh jadi sama atau tidak sama di antara satu dana dengan satu dana yang lain. Maklumat ini boleh diperolehi daripada prospektus dana.
Anda mungkin bertanya lagi, “Halalkah pelaburan unit amanah ini?”

Peranan Penasihat Shariah Dana

Penasihat Shariah pula adalah individu atau syarikat yang dilantik menjadi penasihat kepada dana-dana islamik sedia ada. Penasihat syariah bertanggungjawab menasihati pengurus-pengurus dana dari aspek pelaburan di dalam kaunter-kaunter ataupun kelas aset yang patuh Shariah. Penasihat Shariah ini mendapat kelulusan daripada SC dan kelulusan tersebut bukan untuk selamanya. Adalah penting untuk mengetahui sama ada berlaku perubahan terhadap penasihat syariah dana supaya kita jelas tentang pelaburan yang diuruskan oleh pengurus-pengurus dana mendapat kelulusan daripada penasihat Shariah yang diluluskan.  Maklumat-maklumat penasihat Shariah dana juga boleh diperolehi daripada prospektus dana dan juga di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Ke mana duit kita dilaburkan?
Seperti penerangan awal tadi, unit amanah adalah pelaburan kolektif – duit pelabur dikumpulkan, dan dilaburkan ke dalam kelas aset yang selaras dengan objektif pelaburan. Oleh yang demikian, kita perlu jelas akan objektif dana yang kita labur. Jika objektif dana adalah untuk mencapai pertumbuhan modal contohnya, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang sedang berkembang atau sedang meningkat naik. Jika objektif dana adalah untuk memperolehi pendapatan tetap melalui syarikat yang menawarkan dividen, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka.
Siapa yang menentukan kaunter mana yang perlu dilaburkan? Kaunter mana yang perlu dijual? Ia adalah tanggungjawab pengurus dana. Pengurus dana mungkin orang yang sama, mungkin juga berbeza mengikut dana. Bukan mudah peranan dan tanggungjawab seorang pengurus dana, kerana ada banyak dana yang berbeza objektif dan strategi. Sebab itulah perlu ada lebih daripada seorang pengurus dana. Matlamat pengurus dana – memberikan ‘best effort‘ untuk menghasilkan pelaburan yang menguntungkan selaras dengan objektif dan strategi yang telah ditetapkan. Objektif dan strategi ini boleh diperolehi secara mendalam di dalam prospektus dana.

Keuntungan dan Pulangan
Keuntungan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pertumbuhan modal (capital gain) dan agihan (distribution). Pertumbuhan modal digambarkan sebagai turun-naik harga seunit saham, manakala agihan digambarkan sebagai dividen atau bonus. Bagi unit amanah yang tiada perubahan harga jual-beli seperti ASB, keuntungan hanya digambarkan melalui dividen dan bonus sahaja. Polisi agihan keuntungan ini ada dinyatakan di dalam prospektus dana. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus dana untuk memberikan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan keuntungan yang besar kepada para pelabur. Perlu diingat bahawa tiada jaminan bahawa agihan atau keuntungan tersebut akan diberikan setiap tahun. Oleh yang demikian, baca dan fahami polisi pelaburan anda.

 Jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut bagaimana anda boleh memulakan pelaburan unit amanah melalui pelaburan secara tunai ataupun melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.sila isi maklumat anda pada borang di bahagian atas blog ini.terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers