HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Tuesday 3 April 2012

kwsp akaun 1 dan 2


Hari ini sewaktu bertemu dan berbincang dengan pelanggan saya.tentang kepentingan dan manfaat melabur di unit trust menggunakan skim KWSP ,Ada yang bertanya selain dari pelaburan menggunakan akaun 1 .apa lagi kelebihan yang ahli boleh dapat dari skim sedia ada..

sebenarnya ramai yg tidak tahu tentang manfaat yang ahli-ahli kwsp boleh dapat dari kwsp.Ahli-ahli kebanyakannya hanya tahu tentang skim pengeluaran untuk perumahan menerusi akaun 2.

Okey,dikesempatan ini saya dpt juga menerangkan kepada pelanggan saya tu ,tentang kelebihan yg lain selain dr skim pengeluaran akaun 2.

sebenarnya banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari kwsp .antaranya:-

AKAUN 1:
akaun 1 hanya boleh buat 2 perkara sahaja.
*pengeluaran pelaburan unit trust - bagi yg ingin memaksimumkan pelaburan jangka panjang.
*hanya boleh keluar pada umur 55 thn sahaja.

AKAUN 2 :-
akaun 2 ni boleh buat beberapa jenis pengeluaran ,yg ni saya ramai yg masih belum tahu antaranya ialah:-

*skim pengeluaran perumahan bg mengurangkan baki pinjaman.dan ingin membuat rumah diatas tanah sendiri.
*skim pengeluaran pelajaran -utk ahli yg ingin sambung belajar.
 *skim pengeluaran kesihatan-untuk membiayai kos rawatan perubatan ke atas penyakit kritikal.pesakit yg layak membuat permohonan pengeluaran ni adalah :-
      1-Tuan punya akaun
      2-Pasangan (suami atau isteri)
      3-Anak ,anak tiri atau anak angkat
      4-Ibu bapa kandung ,ibu bapa mentua atau ibu bapa tiri
      5-Adik beradik

Sebenarnya jgn terlalu mengharapkan duit yg ada dikwsp sahaja,kita juga perlu membuat persediaan jika berlaku apa2 kecemasan ke atas diri dan keluarga.kita boleh juga ambil skim takaful ataupun membuat pelaburan di unit trust dan yg seangkatan dengannya.

setelah mendengar penjelasan ttg kelebihan yg ada dikwsp .pelanggan saya amat berpuashati atas penjelasan saya tu.

yg bersedia membantu 
Jamian Sarif
012-2676091

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers