HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Monday 19 March 2012

TIPS Merancang Perbelanjaan Harian


Buat senarai barangan yang hendak di beli.

Sebelum keluar membeli belah adalah lebih baik buat senarai barangan yang hendak di beli.Bagi mengelakkan "over buying"iaitu satu sindrom pembelian diluar kawalan.senang cakap pembelian ikut nafsu.
Pilih barang yang harga patut,buat perbandingan terlebih dahulu.Bagi mengelakkan kita tertipu dengan barangan yang lebih kurang harganya tapi mempunyai kualiti yg sama.
Cuba untuk mengunjungi beberapa kedai untuk membandingkan harga barangan. Sekiranya anda mengunjungi gerai-gerai kecil yang tidak mempamerkan harga, inilah masanya untuk menguji kemahiran tawar-menawar anda.


Jangan membawa berlebihan.

Lakukan anggaran harga keperluan yang di senaraikan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda membawa wang yang berlebihan. Sekiranya ini terjadi anda mungkin akan mengeluarkan perbelanjaan melebihi yang sepatutnya.

Elakkan membawa ramai ahli keluarga

kalau boleh semasa hendak keluar membeli cukup setakat seorang atau 2 orang sahaja.sebab semakin ramai yg bersama dengan anda ,semakin tinggi kuasa untuk membeli.AWAS YER.

Jangan mudah TERPENGARUH

Biasanya  pasaraya akan membuat pelbagai jenis tawaran .Jadi anda kena sentiasa fokus dengan tujuan anda.jangan terpedaya dengan tawaran atau promosi yg diadakan.

Gunakan wang tunai

elakkan dari menggunakan kad kredit ketika berbelanja .buat pembelian yg beretika.biasanya pengeluar kad akan mengenakan caj tambahan apabila anda terlewat membuat pembayaran.lagipun jika kita menggunakan kad kredit nanti kita akan terlebih belanja.sebab x perasan.main swap jer la katakan.renung2kan. 






 






Jangan membeli-belah ketika lapar
Keadaan lapar akan mendorong anda untuk membeli lebih daripada yang di senaraikan. Oleh itu, pastikan semasa anda keluar membeli belah parut anda terisi.
Lakukan pembelian keperluan secara sekali gus
Jangan lakukan pembelian secara sedikit-sedikit bagi mengelakkan anda ke kedai selalu. Semakin kerap anda berkunjung ke kedai, semakin meningkat pembelian anda.
Beli keperluan secukupnya
Pembelian secara berlebihan akan mengundang kepada pembaziran. Beli keperluan harian seperti makanan secukupnya agar dapat mengenal pasti perbelanjaan harian anda dengan sebaiknya.


SELAMAT MERANCANG...
Jamian sarif



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers