HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Sunday 2 October 2011

Kebaikan Rokok

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan  tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeri seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Mr IOJA mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:
1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.

2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…jadi selamatlah anda dari digigit anjing.


3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba
Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.
So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers