HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Monday 16 April 2012

PENGURUSAN HUTANG

Memulakan perjalanan ke arah kebebasan kewangan secara tidak berhutang

Hutang merupakan sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan . Ini disebabkan kebanyakan drpd kita akan membeli rumah sendiri pada masa depan ,manakala sesetengah mungkin perlu mengambil pinjaman pelajaran untuk pengajian tinggi . Bagaimanapun terdapat hutang yang lebih penting drpd yg lain . Sebagai contoh ,ia adalah amat penting untuk anda membayar pinjaman perumahan dengan kerap kerana kegagalan untk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda kehilangan rumah.Bil2 utiliti juga penting kerana anda akan terputus bekalan sekiranya anda tidak membuat pembayaran.
Secara umum ,tahap nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 
35% daripada gaji anda.
dimana 25% terdiri drpd 
pinjaman perumahan.Nisbah yg lebih tinggi drpd itu adalah tanda bahawa anda mungkin perlu menilai semula tahap kewangan anda.

Berikut adalah 5 prinsip menangani hutang2 utk menjadi panduan anda:-
 1.Menganggap semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tunggal yg besar.

Bermula dengan mengenal pasti semua tanggungan kewangan anda dan menghitung jumlah yg anda perlu bayar setiap bulan.Buat satu belanjawanbagi memperuntukkan sebahagian drpd gaji bawa pulang anda utk pembayaran hutang bulanan.Kemudian ,terus membayar jumlah yg sama setiap bulan dan mengubah suai peruntukan apabila keadaan bertukar dan beberapa hutang telah habis dibayar.

2.Sekiranya terdapat pinjaman yg hanya dikenakan bayaran minimum ,selalu cuba membayar sebanyak mungkin pada pinjaman yg paling kecil.

Membayar habis pinjaman dengan baki terendah dikuti dengan baki terendah yg berikut sehingga semua hutang habis dibayar .Juga dikenali sebagai kaedah "bola salji hutang" ,ia akan membantu anda mengurangkan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan . Sementara itu,ia juga memberi perasaan kejayaan apabila anda menghapuskan hutang satu demi satu.

3.Jika anda boleh menunda membuat pembayaran untuk apa2 pinjaman ,tundakan pinjaman dengan kadar faedah terendah.

Selain drpd menumpukan perhatian pada hutang dengan baki terendah,anda mungkin ingin membayar habis pinjaman yg menanggung kadar faedah tertinggi .Ini akan membantu anda  menjimat lebih pada jangka masa panjang kerana hutang2 anda akan bertambah dengan kadar cepat sekiranya tidak dibayar secepat mungkin disebabkan caj faedah.

4.Bandingkan pakej2 pinjaman untuk mendapat kadar faedah terendah.

Jika anda ingin memohon pinjaman ,pastikan anda membandingkan pakej2 berbeza yg ditawarkan oleh institusi2 kewangan .Dapatkan pakej dengan kadar faedah paling rendah yg mengira baki pada asas harian dan juga memberi pilihan utk anda membuat pembayaran semula dengan awal.Ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh masa pinjaman.

5.Jangan sekali-kali bersetuju untuk menjadi penjamin utk seseorang kecuali anda telah menyediakan wang tunai secukupnya untuk membayar semula pinjaman itu sekiranya orang itu gagal membayar balik.

Anda perlu memikir dengan teliti sebelum anda bersetuju menjadi penjamin untuk seseorang .Jika pinjaman tersebut gagal dibayar ,anda mungkin dikehendaki membayar bagi orang itu ,Oleh itu,anda memti menyediakan wang secukupnya sekiranya kejadian tersebut berlaku.Hanya bersetuju menjadi penjamin utk orang yang anda kenal dan percuma.

 

Cara-cara Mengelak Berhutang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers