HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Wednesday, 29 February 2012

Mengapa Anda Perlu Melabur di Unit Trust.

Pernahkan anda mendengar tentang pelaburan unit trust ?
Atau sudahkah anda melabur di dalam pelaburan unit trust?
Jika anda sudah melabur, tahniah diucapkan kerana anda sudahpun
mengambil keputusan yang bijak. Jika belum, masih belum terlambat untuk
anda bermula dan mengecapi  pulangan pelaburan yang sangat baik. Ini
kerana, berdasarkan prestasi lepas, ada dana yang telahpun memberikan
pulangan melebihi 100% dalam tempoh 5 tahun. Di sini saya ingin
berkongsi empat kunci @ rahsia untuk mendapat pulangan yang optimum
daripada pelaburan anda.



Rahsia pertama: Memilih dana yang terbaik
Memilih dana berdasarkan prestasi kenaikan yang lepas; dan bukannya berdasarkan harga dana yang termurah.

Rahsia kedua: Membuat penambahan ketika harga rendah.
Seperti anda sedia maklum, salah satu ciri pelaburan unit trust adalah
harganya yang berubah-ubah. Dengan kata lain, jika anda peka dengan
perkembangan semasa dana yang dilaburkan, atau berurusan dengan ejen
yang komited, anda berpeluang untuk membuat pelaburan tambahan ketika
harga rendah dan mendapat lebih banyak unit. Sebagai contoh, pelaburan
sebanyak RM1000 pada harga RM1.00, anda akan mendapat jumlah unit
sebanyak RM1000/RM1.00 = 1000 unit. Tetapi jika harga turun kepada
RM0.80, anda akan mendapat jumlah unit yang lebih banyak iaitu,
RM1000/RM0.80 = 1250 unit.

Rahsia ketiga : Membuat simpanan @ pelaburan tetap setiap bulan
Berdasarkan pengalaman & analisis yang dijalankan, pelaburan secara
tetap merupakan satu kaedah pelaburan yang terbaik. Pelaburan dengan
cara ini dapat mendisiplinkan diri kita untuk membuat simpanan,
mengurangkan risiko dan telahpun menunjukkan prestasi yang  sangat baik.

Tahukah anda dengan hanya menyimpan RM100 setiap bulan, pada kadar
pulangan 10% setahun, wang anda akan menjadi RM20,665 selepas 10 tahun. . Jika anda menyimpan RM200 sebulan,
jumlah tersebut akan menjadi dua kali ganda iaitu RM20,655 x 2 =
RM41,330.

Rahsia keempat: Membuat analisis setiap 6 bulan dan membuat pertukaran dana sekiranya perlu.
 Untuk makluman anda, salah satu kelebihan
pelaburan unit trust adalah adanya proses ‘switching’ yang membenarkan
pelabur untuk membuat pertukaran dana ke dana lain yang memberikan
pulangan yang lebih baik.

salam pelaburan 
Jamian sarif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers