HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Friday, 28 December 2012

Hukum Wanita Mengiringi Jenazah Ke Tanah Perkuburan

Selepas selesai menyembahyangkan jenazah, orang ramai akan sama-sama membawa jenazah ke tanah perkuburan. Persoalannya, adakah wanita boleh mengiringi sama ke tanah perkuburan?

Hukum Wanita Mengiringi Jenazah Ke Tanah Perkuburan | Sekiranya ada kematian, kebiasaannya kita jarang melihat wanita mengiringi jenazah ke tempat perkuburan. Apa yang jelas, hanya kaum lelaki sahaja yang mengambil tanggungjawab tersebut untuk menguruskan pengebumian tersebut walaupun jenazah itu perempuan. Namun tiada dalil yang mengatakan wanita haram mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Untuk mengetahui secara lanjut, ikuti soal jawab di bawah ini.



Soalan :
Apakah hukum mengenai orang-orang perempuan yang turut sama mengiringi jenazah hingga ke perkuburan?
Jawapan :
Menurut sebahagian besar para ulama’ menghukumkan makruh bagi orang-orang perempuan mengiringi jenazah hingga ke perkuburan kecuali jika ditakuti boleh menimbulkan fitnah, maka hukumnya adalah haram. Dalam masalah ini terdapat sebuah hadis yang berbunyi:
Maksudnya : Ummu Atiyah berkata : “Kami ditegah mengikuti jenazah dan tidak digalakkan ke atas kami berbuat demikian”.
(Muttafaq ‘alaih)


p/s- Secara asasnya larangan ini adalah berdasarkan, kehadiran wanita tersebut menimbulkan fitnah ke atas dirinya. Sebagai contoh dia berpakaian cantik yang mampu menarik perhatian lelaki. Jadi ia secara tidak langsung ia telah mendatangkan fitnah.

sumber : melayukini

lain-lain sumber : fahami pelaburan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers