HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Friday 15 June 2012

PERIKSA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA


Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak boleh terus bekerja selama-lamanya. Samada kita masih mampu dari aspek fizikal atau mental, ia bukanlah persoalannya kerana menjelang umur 55, kebanyakan daripada kita akan menempuhi alam persaraan. Dalam situasi sebegini, kita perlu merancang bagaimana untuk terus menyara hidup dalam masa 20 tahun berikutnya kerana jangka hayat hidup seseorang ialah 75 tahun (berdasarkan laporan-laporan mengenai purata jangka hayat rakyat Malaysia).

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk meneruskan hidup selama 20 tahun lagi dalam keadaan selesa – setelah kesemua wang KWSP habis dibelanjakan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak serta melangsaikan pinjaman bank? Lebih teruk lagi, bagaimana pula keadaannya sekiranya wang simpanan yang tinggal semakin sedikit setelah kita membeli kereta mewah dan rumah idaman yang telah sekian lama diimpikan. Bagi mengatasi masalah seumpama ini, kita perlu berusaha menggandakan wang untuk memastikan kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa selepas bersara.

Bagi menyelesaikan masalah di atas, kita perlu mengetahui kedudukan kewangan sendiri dan cara-cara menilai kedudukan kewangan kita.
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda melakukan ‘Pemeriksaan Kewangan’ anda.

Langkah 1 – Ujian Sumber-Sumber Pendapatan Utama
Untuk mengetahui kedudukan kewangan semasa, anda perlu mengetahui aliran keluar dan masuk wang anda. Anda perlu mengenal pasti sumber-sumber utama pendapatan anda, iaitu wang yang masuk ke kocek anda seperti gaji, dividen, keuntungan modal, pendapatan dari hartanah yang disewakan, pembahagian daripada perniagaan, faedah daripada simpanan bank dan simpanan tetap.

Umumnya, jumlah pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pendapatan yang diperolehi, pendapatan pasif dan pendapatan portfolio. Pendapatan yang diperolehi ialah wang gaji anda. Lazimnya, pendapatan ini dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding jenis pendapatan yang lain.
Pendapatan pasif pula ialah wang yang diperolehi daripada pelaburan hartanah dan pembahagian daripada perniagaan. Pendapatan jenis ini tidak memerlukan perhatian yang banyak daripada anda, namun ia mampu menjana aliran kewangan yang berterusan.

Pendapatan portfolio ialah wang yang diperolehi hasil daripada pelaburan anda dalam produk kewangan seperti dividen saham, pendapatan daripada bon dan juga pulangan daripada unit amanah. Ini juga merupakan sejenis pendapatan pasif yang tidak memerlukan penglibatan langsung dalam menjana pendapatan.

Langkah 2 – Ujian Sumber-Sumber Perbelanjaan Utama
Perbelanjaan ialah wang yang keluar dari kocek anda, iaitu wang yang perlu dibelanjakan untuk menampung gaya hidup seseorang. Contoh-contoh perbelanjaan termasuklah membayar bil kad kredit, ansuran pinjaman perumahan dan kenderaan, bil elektrik, air, telefon, membeli barang runcit, cukai, perjalanan, hiburan dan pelbagai perbelanjaan peribadi yang lain.

Bagi mengetahui kedudukan kewangan anda, periksa berapa perbelanjaan yang telah anda buat. Salah satu sebab mengapa ramai orang tidak mempunyai simpanan yang cukup setelah bersara ialah kerana mereka tidak mengawal perbelanjaan mereka. Mereka tidak tahu berapa wang yang dibelanjakan setiap bulan. Apa yang pasti ialah mereka sentiasa kekurangan wang untuk menyara gaya hidup mereka. Gaji yang diperoleh setiap bulan tidak pernah mencukupi dan akibatnya, mereka terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Salah satu cara untuk mengetahui ke mana perginya wang anda ialah dengan mencatat setiap pembelian yang dibuat. ‘JOT-IT-DOWN’! – merupakan satu kaedah yang mengambil masa, tetapi dalam jangka masa panjang, ia merupakan satu amalan yang menguntungkan kerana anda akan dapat mengetahui aliran keluar wang anda. Sekiranya sukar untuk mencatatkan kesemua perbelanjaan anda, setidak-tidaknya, pastikan anda membuat catatan apabila membeli barang yang mahal. Ramai yang akan terkejut apabila mengetahui jumlah yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang.

Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat penyata kewangan anda.

Langkah 3 – Peraturan 90 Peratus
Ken Little, dalam bukunya yang bertajuk Personal Finance At Your Fingertips menyarankan agar anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan anda. Rujuk jadual di bawah dan anda akan mendapati bahawa pendapatan tolak perbelanjaan bersamaan Aliran Tunai Bersih (net cash flow) (A-B). Peraturan 90 peratus menetapkan bahawa Aliran Tunai Bersih (A-B) perlulah bersamaan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda (A).



Di Malaysia, tahap inflasi yang tinggi menyebabkan agak sukar untuk menyimpan 10 peratus daripada pendapatan anda. Tidak kira samada peratusan yang anda simpan ialah 5 peratus, 10 peratus ataupun 15 peratus daripada pendapatan anda, apa yang paling penting ialah anda mengamalkan tabiat menyimpan dan mula menanam sikap menyimpan wang anda.

              Anda perlu mula menyimpan suatu hari nanti,
                    kenapa tidak mula menyimpan hari ini?




Jamian Bin Sarif
UTC PMB -Klang Branch
012-2676091

26 CARA KURANGKAN CUKAI PENDAPATAN DI MALAYSIA

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:


  1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.
2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10.Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

Peringatan:
  • Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih elok kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers