HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Saturday 12 November 2011

4 PETUA IMAM SHAFIE

Empat perkara menyihatkan badan

1.Makan daging
2.Memakai haruman
3.Kerap mandi
4.Berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan

1.Banyak berkelamin
2.Selalu cemas
3.Banyak minum air ketika makan
4.Banyak makan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1.Duduk menghadap kiblat
2.Bercelak sebelum tidur
3.Memandang yg hijau
4.Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1.Memandang najis
2.Melihat orang dibunuh
3.Melihat kemaluan
4.Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1.Tidak banyak berbual kosong
2.Rajin bersugi (gosok gigi)
3.Bergaul dengan golongan ulama
4.banyak membaca Al-quran

Empat cara tidur

1.Tidur golongan nabi-tidur terlentang sambil berfikir mengenai langit dan bumi.
2.Tidur golongan ulama dan ahli ibadah-mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk menunaikan solat malam.
3.Tidur golongan raja yang haloba-mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4.Tidur syaitan-menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday 8 November 2011

selamat kan bumi kita.



aku nak cite sikit pasal perkara-perkara yang aku lalui beberapa hari ini.
beberapa hari lepas ketika sedang drive kete ,aku ternampak lah sorang makcik bersama dengan 2 orang anaknya sedang membuang sampah ke anak sungai tanpa rasa bersalah dan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang dijalan tersebut.
cuba korang bayangkan kalau setiap orang buat begitu ,tak ke penuh dengan sampah sarap sungai-sungai kita.
kalau korang tak percaya cuba tengok keadaan sungai sekitar kawasan korang,confirm aku berani jamin ,mesti banyak khazanah yg dah kita semua bagi kat sungai tu.lama2 aku rasa sungai takda air ,tapi penuh dengan sampah sarap.renung-renungkanlah wahai sekalian manusia.
apapun semuanya bermula dengan diri sendiri dahulu .

lagi satu tabiat yang aku rasa kita semua suka buat adalah suka buang sampah keluar tingkap kereta ,biasanya sampah2 kecil ,plastik gula2,puntung rokok,kulit buah-buahan spt rambutan.dan sbgnya.

berubahlah demi masa depan bumi kita untuk anak2 dan generasi masa depan.mulakan sekarang juga.jangan buang sampah merata2 .bawalah beg plastik kecil untuk sampah kemana sahaja,

jangan rupa je smart ,hensem ,lawa ,cun.tapi tak mau jaga kebersihan alam kita.bumi pun nak lawa,hensem.kesian bumi kita,dah lah tua..penuh dengan kelemumur lagi,kurap2 semua ada.sapa yg bagi penyakit ni kat bumi kita.siapa lagi kalau bukan kita sendiri.
Anda Semua Dan Juga Saya Wajib Menjaga Bumi.


Sunday 6 November 2011

Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bajet 2012 Dan Cara Memohon

Bagaimana nak dapatkan Borang Bantuan Kewangan Isi Rumah ? Cara-caranya mudah sahaja.Hanya perlu download atau dapatkan dari sumber-sumber yang dinyatakan di bawah. Tapi sebelum tu. Sila  pastikan hanya yang berpendapatan isi rumah RM3000 dan ke bawah sahaja layak untuk memohon dan menerima bantuan rakyat RM500 ini.

Maksud 'isi rumah yang mempunyai berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000' ialah jumlah keseluruhan hasil pendapatan bulanan ke semua ahli-ahli di dalam rumah tersebut adalah tidak melebihi RM 3000. Jadi sekiranya, kurang dari RM3000. Keluarga tersebut layak untuk memohon bantuan kewangan isi rumah RM500 melalui borang pemohonan yang disediakan.

Borang kewangan isi rumah RM500 ini akan mula dikeluarkan mulai bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  Borang tersebut boleh diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan ataupun muat turun (download) menerusi website LHDN ataupun di dalam akhbar-akhbar tempatan.

Selain itu, LHDN juga turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak untuk menerima bantuan tersebut.

Panduan Pemohonan Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bagi Keluarga Pendapatan RM3000 dan ke bawah

1. Dapatkan borang bantuan isi rumah mulai Disember 2011 menerusi;
* muat turun (Download online) dari Website LHDN
* Pejabat-pejabat LHDN berdekatan
* Disiarkan di akhbar-akhbar tempatan

2. Isi borang bantuan tersebut dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. LHDN akan membuat semakan samada pemohon tersebut benar-benar layak untuk menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut.

4. LHDN akan mengeluarkan surat jawapan samada permohonan tersebut berjaya atau tidak.

5. Wang bantuan isi rumah RM500 akan dimasukkan (kredit) ke dalam akaun bank pemohon mulai Januari 2012

Friday 4 November 2011

Kakitangan Awam Malaysia Perlu Bersedia Dibuang Kerja Beramai-ramai

KUALA LUMPUR – Kakitangan awam di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.
Ini berikutan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee yang menyatakan bahawa separuh daripada jumlah kakitangan sektor awam akan dikurangkan bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan membayar gaji kakitangan awam setiap tahun.
Tindakan itu kata beliau boleh menjimatkan perbelanjaan bajet tahunan kerajaan dan dianggarkan sekitar 42 peratus kakitangan awam perlu diberhentikan.
Menjelaskan lanjut mengenai perkara berkenaan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ itu akan mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat setiap tahun mengikut beberapa keutamaan yang ditetapkan.
Menurut kenyataan yang dibuat pada 1 November lalu di sebuah seminar anjuran DAP Johor itu, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam yang sudah tua akan dinasihat dan dibiarkan berhenti kerja lebih awal dari sepatutnya.
Manakala bagi kakitangan awam lain yang dilihat sebagai tidak berprestasi tinggi akan diberhentikan dan hanya diberikan pampasan setengah bulan gaji.
Tony berkata, dasar mengurangkan kakitangan awam tersebut ditiru dari amalan di negara China.
Ahli Parlimen DAP itu berkata demikian ketika mempersoalkan imbuhan dan kelebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan rancangan dan kenyataan Tony itu sebagai bersifat rasis memandangkan majoriti kakitangan awam adalah dari kalangan orang Melayu.
“Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
“Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.
“Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu”, ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Tony itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPECS), Azih Muda meluahkan kebimbangannya mengenai masa depan kakitangan awam negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan,” katanya kepada media.
Menurut Azih, pendirian yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat itu bakal menyaksikan ramai kakitangan awam kehilangan mata pencarian dan membebankan mereka ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi di negara ini.
Jumlah terkini kakitangan awam adalah berjumlah 1.3 juta orang yang menyaksikan profesion guru sebagai kakitangan awam paling ramai iaitu 400,000 orang, diikuti oleh tentera seramai 200,000 orang, dan polis pula berjumlah 150,000 orang.
Baki dari jumlah tersebut adalah mewakili kelompok jururawat, bomba, penguatkuasa, pegawai-pegawai dan kakitangan berjawatan rendah yang lain.
 
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

sumber:http://mynewshub.my/2011/11/04/kakitangan-awam-malaysia/

Thursday 3 November 2011

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

 SAYA MINTA TOLONG SHARE DI WALL FB ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!

Wednesday 2 November 2011

Kisah Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers