HANTAR SMS DENGAN SEKALI KLIK.

Sesuai untuk perunding unit amanah , agent insurans ,mlm dan mereka yg ramai client.boleh digunakan untuk peringatan hari lahir dan sebagainya dengan sekali setting sahaja.

Monday 31 October 2011

Siapa Gaddafi ?


BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, Saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya berlaku dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan tidak menggunakan akal dan fikiran.


Cukup sedih dan terharu serta tidak dapat menerima kematiannya dgn cara yg kejam, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Disini saya nak kongsikan bersama pembaca semua kebaikan yg Gaddafi telah lakukan utk rakyat Libya.
Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur propaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percuma;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.


semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran siapa Gaddafi sebenarnya...jgn mudah terpengaruh dgn kafir laknatullah. 

Saturday 29 October 2011

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

TAHNIAH buat pasukan NEGERI SEMBILAN atas kejayaan menjuarai PIALA MALAYSIA 2011
Dgn Menewaskan Terengganu 2 - 1....di  Stadium Shah Alam ...


Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

buat kedua2 pasukan Tahniah diucapkan...
buat penonton2 yg datang ke stadium walaupun harga tiket rm50 tahniah juga diucapkan...tanpa penonton siapalah mereka...
Majulah sukan untuk negara.

aku just tgk kat tv je lah..tu pun on /of sbb sibuk online hehehe

1 Hari yg pasti




1 hari akhirat = 1000 TAHUN dunia

1 TAHUN akhirat = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN dunia

1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.
SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.
SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)

harap kita tidak tergolong dlm golongan yg tidak diredhai oleh ALLAH...kalau ketika membaca post ni masih belum solat,cepat2 pergi solat,sementara ALLAH masih bagi kita peluang..nnt kalau dah mati ,...
Still boleh relax sebab anggap kalau kita ISLAM, lepas azab je terus masuk syurga?
Cuba korang bayangkan balik kampung kat PERLIS dari JOHOR time CUACA PANAS, tapi aircond kereta plak rosak, berapa minit boleh tahan panas?

renung2kan ..dan JOM SOLAT WAHAI KAWAN2KU SEKALIAN...

Thursday 27 October 2011

Penduduk Dunia bakal mencecah 10 bilion Pada 2100

LONDON : Jumlah penduduk dunia dijangka bertambah dari tujuh bilion hari ini kepada 10 bilion orang menjelang tahun 2100, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, laporan berkenaan menyebut, jumlah itu mungkin mencecah sehingga 15 bilion orang jika berlakunya peningkatan kadar kelahiran.

Menurut laporan itu, Tabung Aktiviti Kependudukan Bangsa Bersatu (UNFPA) menyatakan kebimbangan terhadap tekanan demografi yang mampu memberi cabaran kepada mengurangkan kadar kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar ekoran pertambahan penduduk.

''Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.

''Namun, dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutamanya di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100),'' kata UNFPA menerusi laporan The State of the World Population 2011 setebal 126 muka surat.

Laporan itu antara lain memfokuskan beberapa cabaran berkaitan cabaran golongan belia, masalah alam sekitar, keseimbangan antara penduduk bandar dan luar bandar serta soal perancangan keluarga.

Kata UNFPA, ketika ini, penduduk di Tokyo mencatatkan bilangan tertinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

UNFPA turut mencadangkan agar diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'. - AFP

Tuesday 25 October 2011

Harga Tiket Mahal: Bola Sepak Malaysia Milik FAM Ke?

KUALA LUMPUR – Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 tahun lalu kepada RM50 tahun ini mencetuskan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?

Peningkatan hampir 66 peratus itu bukan sahaja keterlaluan, malah menimbulkan kemarahan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Bukan penyokong kepada kedua pasukan itu pun mungkin kurang senang dengan sikap FAM menaikkan harga tiket ke tahap itu secara sesedap hati sesedap mulut sendiri.

Mungkin juga ada pihak dalam persatuan itu menyangkakan bahawa sukan berkenaan adalah milik Sdn. Bhd. FAM.

Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan kenaikan harga tiket tersebut seolah-olah wujud cubaan mengambil kesempatan atas sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak akhir-akhir ini.

“Mungkin melihat sambutan yang menggalakkan dari peminat, ia menyebabkan permintaan tinggi berlaku terhadap tiket perlawanan akhir itu.

“Atas permintaan tinggi dan tempat duduk yang terhad, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan harga tiket yang tinggi bagi perlawanan tersebut,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Alasan yang diberikan FAM atas peningkatan harga itu ialah hanya 65,000 sahaja tiket berbayar akan dijual dan mahu menyelaraskan perbezaan antara tempat duduk utama dan biasa.

FAM memberitahu, persatuan bola sepak kedua negeri bersetuju dengan peningkatan harga itu.

Mohd Yusof berkata, adalah tidak wajar untuk mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah memandangkan tindakan itu mampu merencatkan kemeriahan suasana perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penganjur perlawanan akhir tersebut dan keistimewaannya berbanding perlawanan akhir lain.

“Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan ‘extra’ yang lebih baik kepada penonton di stadium?

“Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, FAM juga tidak wajar memberi alasan menaikkan harga tiket untuk mengumpul dana membaik pulih Stadium Shah Alam yang dipilih menjadi medan perlawanan akhir itu memandangkan stadium berkenaan berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohd Yusof menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan sama ada mahu ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan mereka atau sekadar menyaksikan perlawanan akhir di kaca televisyen sekiranya ditayangkan secara langsung pada 29 Oktober ini.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub.my di laman web Facebook milik FAM, majoriti penyokong ‘hobin jang hobin!’ dan ‘peteh Terengganu peteh’ memaki hamun tindakan menaikkan harga tiket tersebut serta membuat satu akaun Facebook khas ‘FAM – Apa Hal Tiket Mahal’ sebagai tanda protes.

“FAM cuba mengaut keuntungan demi kepentinggan sendiri,dari memberi kepuasan kepada penyokong2 bola sepak di negara sendiri,dengan menaikan hargga tiket fainel antara n9 dan trnganu pada sabtu ini…” kata Yusri Mohd di dinding Facebook FAM itu.

“FAM sendiri yg membunuh semangat kesukanan dinegara sendiri…!!!!,” kata Rasul Haidi pula.

kopalo uwan chik korang RM50?! suko-suko yo korang nak naik kan hargo tiket! usah bangang ea tu PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM ) !! makan la korang duit kelepet tu. patot la buncit powut sekor2!,” kata Fathul Haqim Baharuddin.

Tiket final Piala Malaysia 2011 mula dijual hari ini dengan harga tiket ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak.

Bagi penyokong-penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30 ribu tiket, manakala baki lima ribu dijual di Stadium Shah Alam.

Monday 24 October 2011

Manusia Atau ................

Saya sekadar ingin berkongsi tentang gambar yang saya dapat harini.masyaALLAH ,kejam sungguh ibu ini,layakkah dia digelar 'ibu'...saya harap dengan terpapar nya gambar ni,dapatlah kita kongsi kan dengan teman2 yang lain,buat teladan supaya kita atau orang sekitar kita tidak menjadi orang yang zalim...

Apalah dosa bayi tersebut sehingga diperlakukan sedemiakian rupa.Renung2kanlah..

Selepas melihat gambar diatas dapatkah anda menilai wanita ini,adakah manusia atau haiwan...jawapan nya ada pada diri anda.semoga kita tidak menjadi manusia yang sekejam ini...

Saturday 15 October 2011

MINGGU BINCANG PELABURAN AMANAH SAHAM BERSAMA PAKARCOPY

Assalamualaikum  dan salam sejahtera buat semua pengunjung-pengunjung blog PAKARCOPY.

Kali ini saya nak buat satu Perbincangan dengan semua pembaca tentang PELABURAN AMANAH SAHAM/ UNIT AMANAH.saya amat berbesar hati sekiranya setiap pembaca blog PAKARCOPY mengambil bahagian dalam perbincangan ini....

Antara kandungan perbincangan yg akan saya sentuh disini adalah:-

1 - Adakah anda salah seorang pelabur unit amanah  ?( swasta /kerajaan)


2 - Adakah anda tahu apa itu pelaburan unit amanah?


3 - Apakah tujuan anda melabur?


4 - Adakah anda tahu bahawa wang kwsp anda boleh di laburkan di amanah saham?


5 - Sekiranya anda salah seorang pelabur amanah saham menggunakan skim KWSP / tunai ataupun anda hendak memulakan pelaburan  dan anda memerlukan perkhidmatan saya sila berhubung dengan saya.


di                   WWW.MONEY537.WS

UNTUK SESSI perbincangan anda boleh memilih mana- mana satu persoalan yg ada diatas dan sekiranya tiada anda boleh ajukan disini.

terima kasih atas kerjasama anda.

Apa Nak Jadi!!!!


KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil - melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.
Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.
“Tiga daripada mereka meluru ke arahnya dalam keadaan marah dan mempersoalkan tindakannya yang tersenyum ketika melihat mereka beberapa hari lalu.
“Bagaimanapun, mangsa berdiam diri. Tindakan mangsa membisu mengundang marah kumpulan remaja terbabit lalu memukulnya beberapa kali di badan,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Se...rnanah/Article

Wednesday 12 October 2011

Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?

Tazkirah kali ini adalah tentang ikan,semoga semua dapat menfaat atas info yg diberikan...boleh share dgn teman2 lain apa yg ada disini.

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata  iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

p/s Dalam kehidupan seharian, kita memang tidak dapat lari dari perkara tersebut, mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat… harap-harap selepas membaca artikel ini semoga kita lebih mendapat kesedaran menjauhi perkara-perkara  yg tidak baik. Jadi, marilah kita ‘jaga’ lidah kita supaya hanya berkata yang baik kerana kata-kata yang baik merupakan satu sedekah.

Sunday 9 October 2011

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.

subhanallah


klik sini =========> BAGAIMANA MENGGANDAKAN WANG KWSP ANDA

PETUA HATI TENANG - MENENANGKAN DIRI DALAM 30 SAAT

kali ni saya nak sharing 8 petua bagaimana untuk membuatkan hati kita menjadi tenang.kalau ada  yg memang dah tenang boleh share dengan teman-teman lain masih tak tenang.harap dapat membantu.

(1) Bernafas dalam-dalam - 70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila anda bernafas dalam-dalam. Anda boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati anda.

(2) Ikrar atau azam - Sekiranya anda sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yg mampu anda lakukan untuk berusaha mengatasi masalah tersebut. Cara ini bukan sahaja akan menenangkan hati anda, malah ia akan lebih memberi keyakinan untuk anda menempuhi masalah yang sedang dihadapi dengan kadar segera.

(3) Regangkan badan – Sekiranya anda sedang berada didalam tekanan, lakukan sedikit regangan untuk mengurangkannya.

(4) Senyuman - Hanya dengan senyuman, ia mampu membebaskan tekanan dan ketegangan otot pada wajah anda. Selain itu, ia bukan sahaja membantu untuk menenangkan hati anda sahaja, malah turut menenangkan orang lain apabila melihat anda.

(5) Minum air - Kandungan air didalam otak anda adalah kira-kira 75%, ia juga adalah tempat paling mudah untuk kekurangan air. Otak anda memerlukan air untuk berfikiran lebih jelas. Apabila anda berjaya untuk memikirkan sesuatu itu dengan jelas, secara tidak langsung ia akan membantu menenangkan hati anda.

(6) Pejam mata – Pejam mata sebentar dan cuba bayangkan perkara yang boleh menenangkan hati anda. Sebagai contoh, bayangkan mengenai percutian yang pernah anda lalui, kenangan bersama ahli keluarga atau sebagainya.

(7) Dengar lagu – Memang tidak dapat dinafikan, lagu amat memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi emosi seseorang. Sekiranya anda mendengarkan lagu yang berbentuk sentimental atau perlahan, ia secara tidak langsung akan turut menenangkan hati dan perasaan anda.

(8) Termenung sebentar – Mungkin ramai yang menyatakan bahawa termenung tidak memberikan apa-apa manfaat didalam kehidupan. Tetapi, ia sebenarnya dapat membantu menenangkan hati seseorang. Sekiranya anda sedang berada didalam kerungsingan, tiada masalah untuk termenung sebentar tetapi jangan terlalu mengikut perasaan.


dapatkan juga petua bagaimana menggandakan simpanan KWSP anda...klik sini PETUA MENGGANDAKAN WANG KWSP ANDA

Saturday 8 October 2011

Sila Ambil Perhatian Semua


JANGAN BELI !!! ADA BABI.

Buat sahabat dan umat seislamku,,marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita..Patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca Al Quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau handset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a’lam info Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Yg jelas nye…..pringles pun ader gak lemak ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu…mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu…. Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua
..laki..pompuan. ..sama jer…..solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging…….Nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 ‘MUSLIM’… dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni… yg heran nya camner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan…… Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama… Tp…ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua… Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam…semoga kita lebih berhati2 dengan tipu daya & helah musuh2 Allah swt…
share dan war2 kan kepada sahabat-sahabat,,dan rakan-rakan seagama kita..Allahuakbar…Kita sama-sama berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah…Satu kan hati-hati kita amin…

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.”
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan
Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Friday 7 October 2011

Mari rehatkan minda

Sambil-sambil ber blogging jom rehatkan minda anda dengan mencari haiwan apa yg tersembunyi pada gambar di bawah...

 beri jawapan anda pada ruang komen di bawah...selamat mencari....

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya. Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

klik sini ======> CARA BAGAIMANA MENGGANDAKAN WANG KWSP ANDA

Tentang Jin, Yang perlu kita ketahui!



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (contoh nya KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong… .” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama
3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) .


 klik sini =======>CARA BAGAIMANA MENGGANDAKAN WANG KWSP ANDA

Thursday 6 October 2011

Akibat Tidak Mencuci Bra & Baju Yang Baru Dibeli - Video[18SX]

Tolong sebarkan ke semua kenalan & e-mail rakan2 anda, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. ramai orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada di dalam pakaian ketika kita membelinya.
Ya Allah. Menjijikkan.Kirimkan ke semua wanita!!!CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!!Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!
Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh dipayudara sebelah kirinya, tiada siapa yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah ia kembali, ia menemui doktor kerana sudah mulai rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya,doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus.
Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, dia mulai mencari doktor2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosis infection apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi.
Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.
Susan terkejut,setelah ia membuka, mereka lihat Larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat >larva< ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang dia bayangkan.
Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan cannal susu payudaranya TOLONG SEBARKAN PADA KAUM WANITA!!! subhanallah…….

selamat menonton







klik sini ========> RAHSIA MENJADI KAYA

Kopi kurangkan murung

Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia
KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.
Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.
Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi.
Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein.
“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine.
Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein.
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu.
Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun.
“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio.
Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat.
Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah.
Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa.
Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi.
Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri.
Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson.
Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk.
Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson.
Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan.
Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara.
Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. – Reuters

SUMBER : BERITA HARIAN

SYAITAN PUN TAKUT...SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi..

Wednesday 5 October 2011

kenapa Piring Astro Menghadap ke Kiblat?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi.
Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek.

Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti.

Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya.

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

klik sini===================> RAHSIA MENJADI KAYA

Aaron Aziz Cuci Tangan


klik sini ========> RAHSIA MENJADI KAYA

KITA SEBENARNYA

Tuesday 4 October 2011

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.


Senang cerita xyah buat langsung bukan dapat apapun kan....

Kenapa umat Islam sembah Kaabah.



Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...................

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?...................

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...................

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?...................

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi …..

Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti …..

Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum...................

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?...................

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?...................

Missionary : Awak tak ada jawapan ?...................

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman...................

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?...................

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”...................

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi...................

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak...................

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?...................
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...................

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii................... Merah padam muka Missionary menahan marah................... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...................

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...................

Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?...................

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah...................
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...................
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...................

Haram menikahi gadis satu kampung.



HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003: "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?
Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..........!!!

hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)

Monday 3 October 2011

Bayi lahir didalam tanah : Ibunya meninggal dunia, si bayi masih hidup...

Berita yang menggetarkan jiwa yang menunjukkan kebesaran Tuhan, Allah Yang Mahakuasa dan Perkasa.

Peristiwa ini bermula dari bencana banjir
yang melanda India. Pada ketika itu, seorang wanita yang tengah hamil
tua terseret oleh arus air bah yang dahsyat. Setelah air surut , si ibu tak kunjung tiba dan telah menemui bayinya yang
dilahirkan di tempat dan situasi yang mengerikan. Allah SWT
mengeluarkan si bayi dalam keadaan hidup, dan kebumikan si ibu..

Sunday 2 October 2011

muat turun e-book kewangan percuma sekarang


Salam semua.

Seperti dijanjikan, e-Majalah Motivasi & Kewangan edisi pertama 'Pemikir Kaya' dilancarkan dengan rasminya.

anda boleh nilai sendiri edisi sulung ini yang mengandungi 41 muka surat dengan memuat turunnya melalui link di bawah ini.

Muat turun sekarang :
 http://www.emajalah.pemikirkaya.com/PK1.zip 

Moga edisi sulung kali ini dapat memberikan lebih banyak input-input berguna untuk kewangan anda.

Alangkah baiknya jika anda, dapat kongsikan link download edisi sulung ini kepada rakan-rakan di Facebook.

Kami juga  berbesar hati untuk mengajak anda semua meninggalkan komen sebagai tanda penghargaan kepada kami disini :

http://pemikirkaya.com/e-majalah-pemikir-kaya/e-majalah-pemikir-kaya-dilancarkan/

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun, boleh REPLY sahaja emel ini untuk maklumkan kepada Tuan pemikirkaya.
Saya harap anda enjoy dengan kandungan dan perkongsian daripada e-Majalah ini.

Jumpa lagi di lain hari, dan selamat membaca!

DOA BERLINDUNG DARI KESAN BURUK DARI SUATU PERBUATAN.








“Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada Mu dari keburukan apa yang telah aku perbuat dan dari keburukan yang belum aku perbuat.”

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan


  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.
selamat membaca!!

Kebaikan Rokok

Pada kotak rokok (kecuali rokok seludup) akan  tertera perkataan “Amaran Kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan” , gambar-gambar ngeri seperti kaki, janin, mulut dan sebagainya. Perokok pasif iaitu orang yang tidak menghisap rokok tetapi menghidu bau asap rokok dari rakan, suami dan sebagainya juga terdedah kepada penyakit kanser, apa lagi yang menghisap rokok. Pendek kata,merokok adalah merbahaya kepada kesihatan.

Dalam penerbitan jurnal terkini beliau, Mr IOJA mengatakan bahawa ada 3 kebaikan menghisap rokok:
1. Awet Muda; semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat, hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan, ada yang yang mengatakan sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.

2. Anti Rabies;
Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.
Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah…jadi selamatlah anda dari digigit anjing.


3. Anti Rompakan
Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi. Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.
Tetiba
Kita ter UHUK… UHUK batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur.
So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan.

gambar nabil dan isteri

Pasangan pengantin baru, Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub baru saja melangsungkan majlis akad nikah mereka, petang Jumaat lalu. Berlangsung dengan penuh meriah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin jam 5.15 petang, Nabil sah menjadi suami kepada bekas pramugari Air Asia itu dengan dua kali lafaz.
1. Majlis yang sepatutnya berlangsung selepas sembahyang Jumaat, iaitu jam 3.30 petang terpaksa ditunda selepas solat Asar kerana risau majlis akad nikah tersebut akan bertembung dengan waktu solat.

2. Sekumpulan kanak-kanak menjerit memanggil nama Nabil sebaik saja pengantin tiba di tempat majlis diadakan. Jeritan kanak-kanak tersebut membuatkan seluruh hadirin yang datang ketawa melihat gelagat anak cilik itu.

3. Penyanyi Jaclyn Victor yang hadir sebagai pengapit perempuan anggun mengenakan busana berwarna merah.

4. Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah turut hadir bersama suami, Ijoy bagi memeriahkan majlis tersebut.

5. Sesuai dengan Nabil sebagai seorang pelawak, jurunikah Nabil, Ustaz Mohd Redza bin Ahmad juga gemar membuat lawak sepanjang upacara akad nikah itu berlangsung.

6. Jurunikah Nabil sempat membuat lawak tentang nama bapanya dengan Nabil yang sama iaitu Ahmad. Ustaz berusia 23 tahun itu juga sempat mengusik Nabil kononnya mungkin mereka bersaudara kerana beliau juga berasal dari Negeri Sembilan.

7. Upacara akad nikah Nabil dipenuhi dengan gelak ketawa ekoran jurunikahnya tidak henti mengusik pengantin.

8. Selesai akad nikah, pengantin lelaki melakukan solat syukur sebelum menjalankan upacara membatalkan air sembahyang.

9. Nabil dan Zira nampak segak dan ayu mengenakan busana berona putih rekaan Wazira Zainal.

10. Pelamin dan hantaran pengantin digubah cantik oleh Persada Embun. 11. Hadirin yang datang disajikan dengan hidangan yang cukup enak pada petang itu. Makanan dihidangkan ala-ala kampung dengan tetamu duduk bersimpuh di atas lantai untuk menikmati hidangan yang disediakan. Tudung saji dan labu sayung juga merupakan antara kelengkapan hidangan yang digunakan pada majlis tersebut.

sumber: http://www.gua.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers